Bubblegums ;

Nov 11, 2010

Everybody's Fine

Salam sejahtera kawan-kawan yang kacak dan cantik.
Wahhh. Kenapa memuji tak memasal ni kan? Ada udang sebalik spagetti ke?
Okayy. Sikit pun takde okay. Jangan takut, kalau baca post ni bukannya
kena campak masuk laut dalam ke hape lah. Kan? Kan?

Pernah terfikir kehilangan insan tersayang? Ayah? Ibu? Adik? Abang?
atau mungkin Kakak? Semua orang mesti pernah terfikir kan?
Tapi taknak benda tue jadi. Sebab apa? Sebab kita bukanlah kuat mana
pun. Mengambil masa yang lama untuk menerima kehilangan itu.
Macamana nak survive kalau orang tersayang tiada? Mampukah?
Kalau mampu, sejauh mana kemampuan? Setinggi Everest kah?

Adoi Afiqah, kenapa start dah tarik mood sedih ni wehhh. Aku tak suka.
Aku saja test je. Nak tgk berapa ramai nangis. Sebab aku nak promote satu lagi
cerita ni, tajuknya. Jeng jeng jeng! Nanti dulu, lepak dulu. Minum kopi dulu.
Opsss. Okay okay. Aku siyes. Rummate aku dah ketuk pale aku, suh siyes.

Nie haa, tajuknya 'Everybody's Fine'. Fuhhh. Aku layan citer ni.
Sampai meleleh hingus okay. Bapak sedih. Kenapa bapak? Yelaaa.
Sebab citer ni pasal sorang ayah yang ada 4 orang anak yang hidup
senang bersama keluarga tapi sedikit pun tidak hiraukan ayah mereka.
and and and ayah dia sanggup travel sorang diri dlm keadaan sakit
ke rumah anak-anak dia. dah lah kedatangan ayah mereka disambut dingin.
AHHHH~ Ape punya anak ni kan? Memang tak kenal dek untung betul.
Tapi ada sebab kenapa anak-anak dia buat camni, nak tau? Bayar singgit.
Okay okay. Aku ta'kan bgtau, nak tau. Tengok sendiri. Nie sedikit gambar
dari citer ini. Lupa nak gtau, Drew Barrymore berlakon. Love ♥



Ayah yang kesunyian, Frank.
*saya rindu ayah dan ibu dan adik-adik*



Ayah yang sanggup berkorban.
Tak hiraukan kesihatan, keseorangan.
Demi berjumpa anak-anak.



Anak sulung dia, Amy.
Duduk dekat umah yang sangat besar dan cantik.
*aku suka umah dia okay*



Anak lelaki dia, Robert.
Pemain orchestra terkenal.



Anak bongsu dia, Rosie.
Penari terkenal di Vegas.

Kalau kita dah besar nanti kan, jangan buat macamni. Ayah Ibu mesti diutamakan.
Jangan buang mereka dari hidup kita. Ingat siapa yang buat kita berjaya,
berdiri megah. tabik dada. segulung ijazah, bertimbun duit.

Mereka yang kita panggil ; 'ayah', 'ibu', 'papa', 'mama', 'abah', 'mak', 'daddy',
'mummy', 'umi', 'abi'
dan segala macam panggilan yang lain.
Balas jasa mereka. Balas budi mereka. Ingat mereka.


Boleh tak aku nak tinggal dengan Ibu Ayah sampai mati?


4 comments:

Wan Zhafri said...

hai. sry td x prasan.. sbb tu x app.. haha.. gimme ur fb nk add blk. hehe sori btw =D

afiqah said...

hahaha. :) Okayy2. way to go.

PinQib said...

ehhee.. nak tengok tengok tengok.. ^^

pelakon laki tuh hebt gak belakon

afiqah said...

pink ; heheh :) must watch.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...