Bubblegums ;

May 9, 2011

Tips kekalkan hubungan


20 Tahun dah kahwin, anak ada tiga.

Nak ikut jejak mereka? Ikut cara ni ;

1. Tak payah nak cemburu tak tentu hala, pasangan korang tu belum
jadi bini/laki korang (ini merujuk kepada yang belum kawen). Jadi, lantak
pi lah kat depa nak buat ape pun kan.

2. Yang si pasangan tu pulak, bila orang dah bagi kebebasan nak buat apa pun,
jangan lah duk curang ke, kenyit mata ke kat laki/perempuan lain. Jangan khianati
kepercayaan yang dah diberi tu. Yelaa, mentang-mentang pasangan korang baik,
duk pijak kepala pulak aih. JANGAN SEKALI KALI, okay?

3. Jangan nak 'show-off' macam hangpa sorang ada marka la aih. Sekali sekala takpe.
Kalau dah berkali-kali. Naik geli orang baca. Kalau orang dah geli, orang sumpah seranah.
Orang doa yang tak elok. Haaa, macamana nak kekal lama kalau yang buruk je org cakap?


Ini cakap je. Ntah jadi ntah kan tidak.



May 5, 2011

Tips jadi cantik

Hello, hai semua. Saya kembali. kihkih. (macam ada org kesah je?)
Okay okay okay. Mula-mula. Nak minta ampun dan maaf sebab lama
sangat tak update blog yang buruk ni since ABPBH haritu kan.

Tips nak bagi ni bukan lah apa kan. Saja suka-suka. It is more to my
opinion actually, not tips. hihi. Yeah, because you know what. I am not
that pretty people. (ehem. I have to make it bold right?) Okay okay,
ter-speaking pulak dah. hihi. Saya sebagai seorang yang suka tengok
orang yang cantik-cantik ni, saya jadi pelik, tak gemar
or macam 'erghh, muka
dah cantik dah tapi __' bila perkara macam ni terjadi ;

1. Mencarut tak tentu pasal macam lah awak tu jantan wahai perempuan cantik.
Ahaa, dah tau cantik, kenapa pegi buat benda-benda mencarut tu? Come on lah,
instead korang cakap 'si**, ba** or whatever lah kan. Why not guna je perkataan
yang sopan sikit, kalau tak mampu nak jadi sopan sangat pun. Tak payah sampai
nak mencarut.


2. Okay, yang ni pun saya jadi macam al
ergic sikit lah kan. Rasenye, benda ni benda
biasa je pun. ERRRR. Pakai contact lens yang memang totally
merosakkan
kecantikan anda tu. Sebelum beli tu, pegi lah tanye sesiapa
ke kan.
Tengok lah warna tu dulu cik akak, cik adik oi. Yeah. Memang ada org
yang
nampak cantik bila diorang pakai lens warna warni, tapi kalau kena dgn
diorang,
oh, okay. I'm fine. Tapi bila tak kena, Opsssss! I'm sorry -,-"


3. Ini paling menyampah dan buat saya meremang satu badan. Yeah yeah yeah, saya
tau awak awak dan awak semua cantik. Tapi awak semua tau, awak semua jd tak cantik
bila awak salah guna kecantikan awak tu. Sebagai cth lah kan, guna kecantikan awak tu
utk ngorat laki org, tunang org, pakwe org. Oh my? Wh
at kind of attitude you have people?
Tak pun, muka dah cantik tapi pegi jual badan tu senang senang je. Hello? Jaga maruah tu
siki okay. Kita sama-sama perempuan kan? Awak buat,
dengan saya dan semua kaum perempuan
pun malu tau. Haaa, ini sebab awak semua ni tak cantik tau.



Semua kejadian ALLAH itu indah, tapi kalau salah guna? Apa maknanya?

P/S : Minta maaf kalau ada yang terasa okay? Minta maaf sangat.


Apr 4, 2011

Usop Wilcha penyeri ABPBH 2010, gamat atas pentas dengan Zizan dan Johan sekali!



PELAKON FILEM LELAKI POPULAR & BINTANG PALING POPULAR
Oh Sam, you memang buat I menjerit-jerit malam td.
'I Leviyou all' Ayat you memang best ♥



PELAKON FILEM WANITA POPULAR
Walaupun Kakak gabra atas pentas, tapi Kakak comel.
Tahniah lah Kakak Lisa ♥



PENYANYI LELAKI POPULAR
ROCK ROCK ROCK!
(ternyanyi lagu Adrenalin pulak tetiba)
Oh Abang Faizal, anda ROCK! ♥


P/S ; Bukan nak berat sebelah, tapi calon ini paling menambat hati.
Ape-ape pun, tahniah semua. Terutama Usop Wilcha ♥


#updated

Usop dah ada page sendiri kat facebook. Purata hampir 1000 fans like
dalam masa satu jam. Objektif page ni nak bg 15000 fans sebelum maghrib esok.
Mari buat objektif ini tercapai ♥

Sila like macam saya dekat sini ; Usop Wilcha Glamor di pentas ABPBH 2010.


Boleh jadi fenomena baru ke Usop Wilcha ni?



Apr 1, 2011

NAZRIN



I don't want this moment to ever end with
everything's nothing without you,
I wait here forever just to see you smile,
Cause it's true,
I am nothing without you.

Mar 14, 2011

STRESS : Sebab dapat banyak sangat kerja dalam masa yang singkat!

ECO 211- Kena buat kajian sikit pasal bank ape ntah.
Kena buat Power Point pastu nak dalam bentuk kertas kerja sekali.
Ini untuk 5% markah kot-kot dapat tolong markah final.
(Jumaat ni hantar, jumaat ni present-18/03/2011, baru ingat, malam
tu jugak ada extra class TAX 320 dan ada Kuiz. OH MY!)

LAW 346- Kena buat 'mind-map' semua chapter yang panjang gila tutt.
Nasib baik bahagi-bahagi. Tapi still panjang macam hape. Ini untuk 10%
markah percuma Puan Yuhanza nak bagi. Tapi ada syaratnya. (Rahsia!)
Pastu tak cukup dengan mind-map, kena present case yang panjang, buat
aku pening kepala sampai budak group aku moody. Kasihan kami -,-"
(Isnin depan hantar mind-map, Isnin depan jugak present-21/03/2011)

MKT 420- Kena buat 'Green-product' yang masih ragu-ragu. Sama ada
kena buat berdasarkan syarikat sedia ada di Malaysia atau buat produk baru.
Okay, ni boleh ringan sikit. Sebab macam lambat sikit nak hantar. Okay biarkan.
Ni pun kena buat bentuk kertas kerja dan power point. Ini 15% markah membantu.
(Tarikh akhir-01/04/2011, dan baru sedar 02/04/2011 adalah Test 2 TAX 320)


Semua ni memang kena buat kalau nak dapat markah percuma.
( Sebab aku bukan power sangat nak score dekat final nanti -,-)


Mar 11, 2011

Tergempar : Tsunami di Jepun-8.9 skala ritcher!

Hello, hai semua. Saya buat entri pantas je lah ye, ikutan
dari kejadian tergempar yang berlaku sekitar pukul 2-3 petang waktu Malaysia.
Tsunami di Jepun pada skala 8.9 s.r. Agak tinggi ye kawan-kawan.

Saya cuma berharap kita sebagai rakyat Malaysia, turut sama-sama berdoa
demi keselamatan, kesejahteraan mangsa-mangsa dan juga untuk semua.
Saya taktau nak cakap apa kerna kaget seketika. Marilah sama-sama berdoa.


* Boleh dapatkan info, gambar dan video lanjut berkaitan Tsunami di Jepun di sini :


Ya ALLAH Ya Tuhanku, lindungilah mereka dan seluruh umat manusia. Amin.



Mar 7, 2011

Purple



I love purple because of you.
I chose my purple purse because of you.
You know why?
Because, I will hold, I will open my purse everyday.
And when I do that, it will remind me to you.
Because purple is your favourite.


P/S : But my favourite is you.


Mar 1, 2011

Baca hati perempuan

Amaran keras : Ini bukan 'copy' dari mana-mana.

1. Kalau perempuan tu kata tak rindu, percayalah lelaki bahawa perempuan itu sangat merindui anda.
Jadi,ubatilah rindu prempuan itu.


2. Kalau perempuan tu kata tak risau, percayalah lelaki bahawa, saat itu perempuan itu terlalu
memikirkan sesuatu yang akan menjadikan dia risau
.
(perempuan memang fikir panjang sikit).


3. Kalau sekali perempuan tu dah cakap sayang, percayalah lelaki bahawa, sayangnya insyaALLAH
berkekalan. Percayalah.




P/S : Perempuan ini jenis yang rapuh. Macam aku.

Feb 25, 2011

Ayid



Ayid adik paling hensem Along pernah ada.
(sebab Ayid memang sorang adik laki Along)
Ayid yang selalu jadi model Along kan?
Terima Kasih.



Ayid suka ikut gaya konon-konon artis kan?
(sebab Along suruh, Ayid pun ikut je lah)
Terima Kasih.



' Along, Along baring ah masa snap gambar ni'
' Asal plak?'
' Biar Ayid nampak macam lompat tinggi sikit'
'......'
Along rindu Ayid.



P/S : Ayid, boleh tak Ayid selamanya macamni? Tak payah besar.
Along taknak Ayid ada awek. :/

Feb 22, 2011

2 years



2009



2009



2010



2010



2011

Our 10 years' mission?
Only ALLAH knows.
:)

2 Years and more years to go ♥

Feb 17, 2011

family







Do you guys know how much I miss them?


Feb 16, 2011

cramp

OTAK CRAMP -,-"
WHAT THE HELL.


P/S ; Maaf, gua stress.

Feb 15, 2011

Misi berjogging









Jogging sampai 5km tau tau.
(agak-agak je ni, tapi betul lah tu kan.)
Power tak?
Bak kata Aida ; Kalau tak kurus, taktau ah kan -,-"

P/S ; Saya tunggu orang tu update blog, orang tu mesej. Tapi takdak.
Sedih sungguh lah kan. Macam hape. T.T

Okay, chow!

Feb 12, 2011

Cara mudah untuk jadi romantik

Hello hai semua, kembali lagi saya. Tapi tapi tapi,
sebelum tu, saya nak minta ampun, minta maaf
pada semua pembaca-pembaca entry gembira ini. Ramai tertipu eh?
hehehe. Maaf ye. Saya mmg buntu masa tu T.T Okay okay.
Ehem ehem, cubaan suara (macam nak berceramah sikit!)
Ini haaa, ada lah 2-3 cara nak kongsi cara nak bg romantik sikit.
Boleh diguna pakai untuk lelaki atau perempuan. HAHAHA ;

1. Kalau nak cakap 'thanks' 'i love you' atau ape-ape je perkataan
yang romantik lah kan. Mesej itu hendaklah disampaikan dgn cara yg
kreatif. Jangan buat cara yang sama je der, tak syok. hahaha. Nak contoh?
Aish, tkde masalah, boleh bagi punya. Cth lah kan ; Tulis mesej yang romantik
dekat cermin. Haa. Cool tak cool tak? Tapi ni saya syorkan untuk orang yg
dah berkahwin je ah. Nanti bila dah kahwin, pastikan bilik air korang ada
'water-heater' dan cermin muka. Ini untuk menjayakan lagi rancangan nak jd
romantik ni. Mula-mula, korang mestilah mandi dulu drpd pasangan korg kan.
Yelaaa, mandi lama-lama sikit dgn guna air panas tu. Nanti bilik air akan jd
berwap kan? Betul tak? Cermin pun berwap ah kan. Kuikui. Pastu nanti, korg tulis ah
ape-ape msg kat situ. After that, keluar bilik air. buat muka selamba.
Then, pasangan akan masuk dan bila dia pandang cermin,
saya gerenti dia akan tersenyum dan terharu.

Haa, Amacam? cubalahh! Apa lagi! :) Adui, penat pulak taip panjang-panjang ni.
Yelaa, lama tak menaip kot? HAHAHA. Nak chow ni, tapi nak letak seketul dua
gambar lah kan. HAHAHA.


Hello, saya teddy bear.
Nak jadi kawan saya?


'Jelas terasa sedapnya'
Model jalanan Mee Sedaap.
HAHAHA.
Love You, Love ♥.

Chow people!

Feb 10, 2011

Tips untuk bergembira

Hello, hai semua. Saya kembali lagi. (ceh, kau! Macam ada org
baca blog kau je kan!) Ehem. Maaflah saya perasan. Okay korang.
Camni lah cara-caranya :


1. ...................................................................................................................................














































Maaf semua, mood menulis belum sampai lagi T.T
Bye semua. :/

Feb 5, 2011

Polka dots

Sorry peeps. Currently busy.
Don't miss me huh?
:)


Mmuuahh. Mmuuahh.
Thanks for waiting!
SEE YOU SOON.

Jan 29, 2011

KBM


Okay. Mula-mula dah muka mereka.
Kawan-kawan KBM. 3 tahun 1/2 nak tengok ni haaa!
dari kiri ; Aida, Fatma, Zaza ♥


Okay, rindu tak muka ni?
*sila cakap rindu! HAHAH.


Dia jarang update blog sebab dia tengah busy
study. Maafkan dia okay?


Gambar tambahan. HAHAHA.


Suka gambar ni. Anda suka takkk? ♥

Jan 1, 2011

2011


SELAMAT TAHUN BARU 2011.
SELAMAT TINGGAL SEGAMAT.
SELAMAT TINGGAL DIPLOMA.
SELAMAT DATANG MELAKA.
SELAMAT DATANG IJAZAH.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...