Pada suatu pagi yang hening, sedang Ain Zulaikha enak dibuai mimpi.
Ops, mimpi apa lah tu kan Ain? Ish ish ish. Dia menerima satu sms
dari nombor yang tidak dikenali. ' Weh, share kredit dgn aku'
Ain Zulaikha yang mamai ni terus terduduk, disebabkan sikapnya yang
baik hati tu, die dengan selamba badak reply 'Kau request ah share dgn aku,
nanti aku approve'. Tak sampai beberapa saat, satu sms lagi sampai.
'RM5 is requested.....'. Ain terus reply 'OK' dan terus sambung tido balik.
Tetibe ade video call masuk, Ain Zulaikha ni kan mamai, dia pakai angkat je.
Tau tak apa jadi? Jeng Jeng Jeng! Ade sorang mamat hensem dihujung talian sana.
Wahh! Ain kelam kambut amek selimut tutup rambut sume. KAH KAH KAH!
Rupe-rupenya, mamat tu, crush si Ain ni mase skula dulu. Ain tak berapa dgr sangat
mamat tu cakap hape, tapi yg die dgr 'Jumpa aku kat Food Court Wira Mall kul 1!'
Tettt. talian diputuskan. Ain bingung. 'Betul ke hape aku nampak?' 'Zaki ke td tu?'
'Ahhhh, baik aku bersiap cepat! dah kul 11 lebih ni.'
Tepat jam 12 tghari, Ain Zulaikha bersama kucing kesayangannya
bergegas ke pondok bas berdekatan, konon nak tahan teksi kat sanalah kan.
Untuk pengetahuan semua, Ain Zulaikha ni agak kelam-kabut sikit orgnya.
Tetibe, 'PONNNNNNNNNNNN! Hoi budak mau mati ka?' sorang apek
bawak teksi menjerit ke arah Ain Zulaikha. Ain Zulaikha terpinga-pinga.
Ceh, die nak cover ah sikap ke-kelamkabut-an die tu, die pun cakap ;
'Mana ada uncle, saya mmg berdiri tgh jalan ni, tiru aksi Jun Pyo dalam
Boys Over Flower tu sbb sy dah lmbt ni, sy nak guna teksi, uncle boleh tlg anta?'
Nasib baik uncle tu kenal Jun Pyo, uncle tu terus cakap, 'Haa. lu minat ka sama die?
Mali mali! Uncle anta lu. Mau pegi mana?' Ain Zulaikha menjerit, 'Yes! Wira Mall uncle!'
20 minit lepas tu, Ain Zulaikha pun sampai ah. Time ni, masyaALLAH, ALLAH je yg tau
jantung Ain ni dah berdegup tahap ape lah kan. Die dgn pantasnye, terus mendukung
kucingnya dan berlari ke tingkat 5 dimana terletaknya food court. Sesampainye di sana..
Die terlihat seorang jejaka kacak berbaju pink sedang termenung keseorangan.
Ain terus cepat-cepat dgn selambanya pegi duduk depan jejaka tu kan.
Sebab dia confident yg tu Zaki yg call die pg td. Ain Zulaikha berkata dalam hati,
'Alahai Zaki, kau memang tak pernah berubah dr dulu kan, hensem je'
Jejaka td terkejut, 'eh, u sape?' Ain membalas, 'Alahai kau ni Zaki, ni aku lah Ain'
Jejaka tadi pun, 'Ohh Ain! HAHAHA. Camne kau tau aku Zaki?'
'Alahh, kau masih hensem mcm dulu jugak lah, haa! ape hal kau
nak jumpe aku ni? Penat tau aku!' Jejaka tadi pun memulakan perbualan.
Setelah hampir setengah jam berlalu, mereka ketawa. Mereka bertepuk tampar.
Alangkah bahagianya mereka, yelaa. dah nak dekat bape taun tak jumpe kan.
Crush pulak tu, lagi bahgia lah Ain kan. hehehe, Tetibe..
'Papppp!' dulang yang diisi dgn segelas coke dan sepinggan nasi dihentak ke atas meja.
Seorang perempuan dengan muka yang agak bengis berdiri di sebelah Ain Zulaikha
sambil bercekak pinggang. 'Hey! Kau siapa huh?' Jerkah perempuan itu. Ain
dengan selambenya, 'Aku kawan Zaki lah! Kau sape?' Perempuan tu terkejut,
'Zaki? Zaki mane ni? Ni Haikal pakwe aku!' Ain terus menoleh ke muka jejaka
tadi dan terus merenung dgn tajam untuk mendapat kepastian. Jejaka tu menjawab,
'Actually kan u, I bkn Zaki. I nak bgtau u dr td. Tapi u rancak sangat berbual,
peramah, i suka dgr cerita u. I tak sampai hati nk bgtau' Ain Zulaikha dengan
malunya bangkit sambil mencapai kucingnya lalu meninggalkan food court.
Tanpa Ain Zulaikha sedari, ade seorang lelaki mengejarnya. Apabila sudah dekat,
lelaki itu menepuk bahu Ain, lalu Ain menoleh. 'Hai Ain, nie aku Zaki.'
Haa, amacam? Seronok tak cerita saya ni. Sila angguk cakap seronok! Okay.
Kenapa saya tulis cerita merepek ni? Sebenarnya saya join satu contest yang
dianjurkan oleh Cik Ain Zulaikha yang cantik manis. heheh. Nak tau pasal contest ni?
Haa, mari kita beramai klik di sini ; Contest Cerpen Sesedap Rasa.
Okay, hadiah yang disediakan boleh tahan jugak tau. Cuba tengok ni ;
Haa! Cik Ain kata mungkin ada hadiah penyertaan. Wah wah. Apakah agaknye kan.
Tak sabar nak tau. Ces, macam menang je kan kau ni Afiqah! Berangan je lebih!
Ini cara penyertaan yang disedialan oleh Cik Ain kita, wajib letak. hehe.
Sekarang tiba masa untuk men-tag blogger yang mungkin berminat nak sertai contest ni,
jadi saya pilih ; Ainis, ieqa, farah, zati, bella, dan semua yang teringin untuk menyertainya.
Selamat mencuba, heheh. Ain! Saya kena menang okay. Wekk. Saya tipu je.