Bubblegums ;

Dec 26, 2010

Bila Malaysia menang, begini jadinya..

Hello, hai semua. Hari ni nak cerita sikit beberapa perkara yang
berlaku bila pasukan Malaysia menang, ini sekadar suka²
je okay? Takde niat nak sakitkan hati mane-mane pihak pon.
Okay, mari tinjau. Apakah betul benda ni jadi?

1. Semua tiba-tiba cakap 'I love Harimau Malaya', 'I Love Malaysia'
and banyak lagi lah kan. Tapi kalau kalah, hentam orang bagai nak gila.
Ohh, Ini realiti. Betul kan?

2. Okay tetiba semangat nak beli jersi Malaysia, sebab alasannya
nak pakai bila Malaysia lawan. Tapi hakikatnya, kalau pasukan
luar negara punya jersi tu, kalau diorang tkde lawan pun, semangat
je pakai kan? kihkihkih. Kalau tak caye, tengok bawah ni ;

Gambar sekadar hiasan.
(Ini ayah saya, kacak kan?)

Ape-ape pun, tahniah Malaysia sebab menang 3-0. I Love Malaysia!
(see? saya dah cakap kan? kihkihkih)

P/S ; Apa saya tulis ni, suka-suka. Tapi kalau ada yang bangkang,
just let me know okay? Nanti saya belanja pergi tengok Konsert K-POP




Dec 25, 2010

Segmen privasi : Dialog terbaiklah!!

( Klik banner untuk sertai. taratangtang!)
P/S ; Kalau rasa kreatif lah kan! (Bapak kejam kau!)

Nak baca cerita kreatif Encik Shaofie ni? Pergi SINI dan SINI. Sebab saya
memang 'rajin' sangat lah nak meng-copy kan. Alaa, tak rugi korang pergi
singgah, blog dia macam tagline Rain, 'hitam nampak kemas'. Fewitt!


Dialog merepek tapi kreatif saya. Sila jangan ketawa okay?

1. Weh weh weh, kau nak tau, adik aku dia tetibe cakap nak kawen weh.
( Bercerita sambil tangan macam Karam Singh Walia) Terkejut beruk aku tau!

2. Ishh kau ni, cara kau cakap macam lah aku kenal adik kau kan. Yang mane satu
ni beb? Aku blank ni. Blankkkkk! Baik kau cakap sikit yang mane satu ni!

3. Alaa kau ni, adik dia yang baru lepas PMR tu. Yang cun melecun tu, yang
aku nak usha dulu time skula. Kau ingat tak? ( Padehal dalam hati dah
berkecai harapan dan impian tu!)


Gitulah kisahnya. saya kurang idea ni. Sorry Encik Shaofie kalau tak best T.T Byebyebye.
Aku nak pengsan! (Teringat dialog Douglas Lim dalam Spontan Musim 2)

P/S ; Encik Shaofie, kalau saya menang tolong promote blog saya je ah.
Taknak hadiah lain. (Okay, nak demand sikit macam sorang artis ni haa!)
*GURAU SAJA!


Dec 24, 2010

Tips bercinta lll

Hello hai semua. Sihat tak? Hari ni macam nak sambung lagi
sesi tips-tips murahan bersama Kak Engku, Opss salah!
Bersama Fiqah. HAAHA. Merepek ah kau Fiqah! Tapi tapi
sebelum tu kan, nak ucap Tahniah kepada pemenang Top 10
Blog Baru (2010) anjuran Blog Pilihan Malaysia. Tahniah Tahniah!
Mesti seronok kan diorang. terigin nak join tapi blog picisan je kan T.T

Okay okay. Kalau nak tau kali ni nak kongsi Tips Bercinta pasal apa kan.
Kali ni macam nak kongsi pasal-pasal cara nak bagi awek/pakwe korang
sayang lebih sangat sangat sangat. Bercinta ni, kalau takde tips yang bagus,
memang tak jalan ni. Ini serius. Saya tak main-main punya. Hari ni saya
bagi satu atau dua je dulu. Lain kali, kalau dah berkesan, baru tambah lagi.
Okay tips hari ni, jeng jeng jeng jeng!

1. Buatlah pakwe/makwe anda semua cemburu yang melampau. Guna
apa-apa cara sekalipun asalkan diorang cemburu. Message ke, komen ke,
usha ke, jeling-jeling orang lain ke. Hape je lah kan. Janji dia cemburu.

Lepas ni, saya berani jamin. Pakwe/makwe korang akan 'sayang sangat'
kat korang. Kalau berkesan, anda tau nak cari saya dimana kan?



Dec 22, 2010

Warkah akhir si isteri


Wasiat terakhir seorang isteri kepada suaminya,

Abang, kalau abang nampak gambar atas ni, saya nak abang
tau yang saya suka gambar yang abang tangkap ni. Saya nak
abang buat camni jugak kat anak-anak kita nanti ye?

Yang mencintaimu,
Isterimu, sayang.

Dec 19, 2010

Mari berfesyen dengan meletupnya macam Diana Rikasari yang meletup!

Hello, hai semua. Hari ni nak membebel bebel sikit pasal
orang berfesyen-fesyen. Yeah, memang saya suka berfesyen.
Tapi saya belum mampu lagi nak bershopping sakan semata-mata
nak berfesyen ni kan. Saya sangatlah tak mampu, Saya masih belajar T.T

Kasihan saya kan? Kasihan kasihan diriku ini. Sebab tu, saya cuba cari
duit tambahan dengan Nuffnang, ChurpChurp, dan Youthsays.
(sadis kan saya?) Alamak, merepek je kan? Maaf maaf, mari kita
mula bercerita okay? Kenal tak Diana Rikasari? Mungkin ada yang
tak kenal, saya berani jamin. Kalau kenal, bagus bagus bagus!

Okaylah, cmni. Diana ni blogger yang suka berfesyen dari Indonesia.
Sila jangan main-main dengan Diana ni sebab dia pandai.
Ada master lagi tau. Sekarang ni keje consultant. Fewitt.
Mari meng-usha fesyen si gadis Diana yang comel, meletup, cantik,
hebat dan sebagainya lah kan, tengok ni tengok ni ;




Haa? Diana ni pelik, memang pelik. Dia mix up ape yang dia boleh. Tapi
hasilnya, sangat mengagumkan. OHH, saya seperti 'alamak cantik!'
saya suka, saya suka sangat. Macam mane ni? Saya nak jugak macam dia.
Apa yang saya letak kat sini, baru sikit tau. Bukak lah sendiri blog dia.
Bila anda bukak blog dia, jangan terkejut tau tau? Sebab adakala dress up
dia pelik. SANGAT. Tapi pelik tu indah kan? Wah! Kalau tak cukup dekat



Comel tak saya macam Diana Rikasari?



Dec 18, 2010

Cara mudah dapatkan BB Torch

Hello, hai. Hari nak kenalkan dengan satu benda best. Tak tipu!
Sila tengok gambar bawah ni, RED BB TORCH. Sape nak bg weh?
Sape nak bagi weh. Grr! Geram jek kan. Siapa baik bagi saya satu?


Ces, ingat senang ke nak dapat RED BB tu, kalau takde contest tak sah kan?
DiGi memang kan. Haiyaa. Apa nama contest ni? 'Whatberry?' Ouch. Tajuk
macam comel jekkan. Macam strawberry, raspberry.
'

Lagu tema sepanjang game/contest ni berjalan ni sangat comel tau tau.
Nak dengar? HAHAH. Pergi sini takpun sini pun boleh. Ahh. Comel sangat.
Bila dah start, DiGi akan suruh jawab/main kuiz best ni. hahaha. Kuiz merepek.
Tapi tapi, kuiz ni akan bagi petunjuk korang ni Berry jenis apa tau tau. Haa.
Macam kuiz identiti gitu tau. Alahai, canggih je! (Hape kene mengena ntah kan)


Ni soalan pertama, haa. tengok belah kiri tu. Ada nama budak comel tu kan.
Haha. Kalau nak tau siapa dia, pergi ah klik logo 'F' dekat belah kanan blog tu.
hehehe. Mengada je kan?


Patu, lepas habis jawab semua kuiz tu kan? Kan? Korang boleh main game.
haha. ade game main tampar-tampar Berry ah, Main besarkan Berry ah.
Banyak ag ah. Depends on server nak bg ape kan. hehe.


Tada! Inilah hasilnya. OMG, PeningBerry? haha. Banyak tau jenis Berry dia.
Korang kena collect point and naikkan ranking korang sebenarnya. Banyak
benda DiGi sediakan ni untuk bantu korang tambah point. heheh. Jangan risau.


Ni salah satu Goodies yang Berry bagi. Wallpaper laptop. Comel kan?
hahaha. Marilah cuba, boleh aje. Seronok seronok. Ada peluang, boleh menang.
Encik DiGi, saya nak BB Torch kaler merah tu.

Dec 17, 2010

Zairie perlukan 50 Bloggers!

Hello, hai. Hari ni saya mencuba nasib buat kali ke-2 dalam
segmen yang dianjurkan Abang Zairie kita. Yang dulu saya dah join,
Alhamdulillah ada rezeki yg murah disitu. Abang Zairie, Kenal tak? Kenal?
Kalau kenal bagus, kalau tak kenal. Haa! Tersangatlah rugi. hehehehe.


Hensem kacak bergaya tak nama dia? Kacak kan? Kan? Kan? Eh saya
dah cerita segmen apa abang Zairie ni buat? Belum eh eh? Segmennya ;
Gempak Bloggers 2011. Wow, menarikkan? (macam blog saya gempakkan!)
Ouch, blog saya taklah gempak Abang Zairie, sila ambik notis. Sebab tu saya
join segmen ni, mana tau ada kebaikan di masa hadapan. Kenapa agaknya saya
terfikir nak join segmen ni? Haa, ini antara sebabnya ;


Nie haa, followers blog saya berape kerat je kan. Kalau nak dibandingkan dengan blog


Ouch, beza banyak tu. Nampak macam saya 'GILA FOLLOWERS'. Memang
memang saya cmtu, tapi kalau saya jadi 'gila' pun ada sebabnya kan. Mudah
mudahan dengan bilangan followers Abang Zairie ni, mungkin ada yang tertarik
nak menjenguk blog saya bila saya tersenarai dalam list tu. Bukannya apa kan,
banyak followers, insyaALLAH banyak kenalan, banyak followers, insyaALLAH
banyak respons dengan apa yang saya bebelkan. Betul tak?


Siapa nak join, marilah marilah. hehehe. Boleh cekidaut! (Apa bendalah ni?)
Cekidaut tu adik saya guna untuk cakap CHECK IT OUT. HAHAHA. Klakar kan?
Cekidaut kat sini okay semua? Zairie Dinzly : Zairie perlukan 50 Bloggers.

Dec 14, 2010

Tips meningkatkan jati diri

Hello, hai semua. Tajuk entry mcm bapak hebat je kan.
(Macam kau ni pakar motivasi ke hape kan!)
Okay okay, berbalik kpd tajuk asal ni. Jati diri?
Bahasa mudahnya, motivasi diri. Tak paham jugak? Shuhh!
Pegi Google sana okay? Saya terlalu malas nak terangkan ni ha.


Pernah rasa down cmni? Rasa dibenci, rasa dipinggir, rasa lemah semua dan
sebagainya? Ini salah satu petanda jati diri kita rendah.
Tetapi kena bezakan bila masa kita rasa kita dibenci tapi sebenarnya tidak
dan bila masa kita memang dibenci tapi kita rasa tak dibenci. Ada faham?
Beza okay dua benda ni. Jangan samakan.
Ini sedikit tips bagaimana hendak tingkatkan benda yang dah jatuh ni ;

1. Dekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Mohon perlindungan, bantuan
dari-Nya. Sesungguhnya ALLAH sayang akan hamba-Nya yang patuh
arahannya. Tapi janganlah ketika kita susah, ketika kita memerlukan je
baru nak cari tikar sembahyang tu. ALLAH tak suka orang macamni.
Samalah macam manusia kan? Tak suka jugak. Yelah, bila senang tinggal,
bila susah cari. Betul tak?

2. Sentiasa berada di samping keluarga, saudara dan sahabat. Jangan
berseorangan. Ini sangat bahaya, kerana boleh menyebabkan kita 
berfikir diluar batasan. Faham kan? Yelah, sebagai contoh, banyak sangat 
sekarang ni org bunuh diri sbb frust exam teruk. Ini contoh ye kawan-kawan. 
Kalau boleh bawa berbincang kepada mereka, atau kalau bukan keluarga 
yg anda paling rapat. Ceritalah kepada yang anda rapat. Mesti ada kan?

3. Buat sesuatu yg anda minat, Cari sesuatu yg boleh buat anda gembira.
Sebagai cth ; kalau anda suka makan coklat, silakan buat. Tapi diingatkan,
kalau agak-agak down anda terlalu lama, cth smpi bertahun-tahun. Jangan dok
makan coklat je. Bahaya! HAHAH. Jangan marah. Tapi disini ada fakta yang
mengatakan dark choc boleh membantu kepada penghasilan enzim 'gembira'.
Jadi ini secara tidak lansung, boleh mengurangkan rasa down anda tu.



4. Dan yang paling penting, senyumlah selebar mungkin kerana percayalah
masih ada yang sayang akan anda. Percayalah. Bukan tipu. Dalam 5 orang,
mungkin 4 atau 3 orang yang sayang anda, Jadi tak perlu risau kpd
mereka yg membenci anda kerana manusia tak sempurna kan? Apa
mereka dapat kalau membenci kita pun? Dan yang paling penting, kita tak
akan rugi apa-apa. Yeay!

P/S ; Saya buat entry ni sebab si dia dan beberapa kawan saya tengah down.
Saya masihkan sayangkan anda semua.


Dec 13, 2010

D3100 Part 2

Bracelets

Necklaces

Necklaces

Necklaces

Nasi Kandar

Ais Kacang

Red

Green

Salak

Yellow

Colours.

Koi

Juices

Siakap

Nikon D3100

D3100















Align Center


Saja testing 'power' guna baby saya, Nikon D3100.
Okay tak? (sila tinggal komen okay)
Haa, tolong susun gambar yang paling korang suka
sampai lah yang paling tak suka, Boleh?

Dec 6, 2010

Tips bercinta ll

Buatlah sedikit kejutan yang menarik untuk kekasih.
Cuba cari apa dia minat, cuba dalami hati pasangan.
Sesetengah orang kan suka kejutan, kan? kan?
Tapi ingat, kejutan yang menggembirakan tau! Jangan
kejutan yang macam hape ( cth: video FB) HAHAH.
Nie antara kejutan yang boleh pakwe-pakwe sekalian bg makwe
korang yang amat disayangi, dicintai ;

1. Kalau dapat makwe yang GILA ARTIS KOREA. Sini ada offer cun,
terbaik dari ladang ;


2. Kalau rasa nak jadi romantik sikit kan? kan? Bawak ah makwe anda ke
New Zealand, okay. Ini dijamin, anda makin disayangi ;


Haa? Amacam? Mengancam tak? Okay, ini baru sikit tips bercinta. Akan ditmbh
lg kelak ye kawan-kawan. Selamat Mencuba :)


P/S ; I will introduce my new hubby. ♥

Dec 3, 2010

Tips mata cantik

Hello, hai kawan-kawan. Hari ini nak bagi tips sikit.
Pasal penjagaan mata yang baik. (Wahh. Macam mata saya okay sangat je!)
Okay, tips ni saya buat sebab taknak kawan-kawan semua
terkena macam saya. Rabun. Dengan 'power' yang agak tinggi.
Mengalahkan ayah dan ibu saya yang sudah berusia. Kalau mereka rabun
pun, tak heran sangat, sebab mereka dah tua. Rabun sebab usia, Ye kan?

Tips-tips yang berguna ialah, okay ini lebih kepada perkara yang
patut dielakkan untuk mengekalkan mata yang sihat ;
1. Jangan membaca dalam gelap atau cahaya yang samar. Okay, benda
ni paling menjadi kegemaran saya semasa saya kecil. Saya ni orang yg
suka membaca, jadi mase kecik-kecik dulu, bila ibu ayah dah suruh tido,
saya amek lampu suluh, dan baca buku dgn menggunakan lampu suluh tu.
Dasyat kan saya? Yelah, nak bukak lampu, jauh suisnya. Nampak sangat malas!

2. Jangan tengok TV dalam jarak yang kurang dari 3 depa tangan anda. Dalam
3-4 meter lah kan. HAHAHA. Duduk jauh-jauh pun takpe. Alah, tapi biasalah
kalau duduk jauh-jauh nanti, tak feel kan? Sebab tu kena duduk dekat-dekat,
kalau boleh masuk TV tu, masuk je lah kan. Tapi JANGAN lakukannya.

3. Jangan main sms dalam gelap, jangan webcam dalam gelap, jangan skype dalam
gelap. Jangan blablabla (merujuk kpd perkara yg asasnya sama). Okay, ini saya
tiap-tiap hari buat. Hamek kau. Ini sama macam membaca dalam gelap jugak. Jadi,
tak perlu explain panjang. Sila angkat tangan sape yg tak buat bnde ni?

4. Semua asyik 'Jangan jangan' je. Okay, sila sukakan diri anda dengan makanan
berkhasiat. Seperti sayur dan buah. Ini amat menjamin kecantikan mata anda.
Ops, tak lupa. Kesihatan. Kalau asyik nak mengelak dari makan sayur je.
Sampai bila kan? Alamat mmg mata korang akan sakit. hehehe.

5. Ini paling penting,sesiapa yang pakai LENS. Ahaaa. Ngaku cepat? Okay, saya mengaku.
Pastikan korang jaga pemakaian lens korang. Jangan lebih waktu. Dan segala hape yang
diajar mase korang beli lens dulu, kena amalkan sampai bila-bila. Kalau tak, memang cari
nahas okay?


P/s ; Sebenarnya mata tengah sakit ni sebab tu kongsi tips.

Dec 2, 2010

Saya Nak Join Kenali Blogger Oleh Zairie

Hello, hai semua. Okay, buat pertama kali join
segmen kenali blogger yang dianjurkan oleh Encik Zairie.
Segmen ini dikenali sebagai _________. (sama seperti tajuk post)

Tak banyak syarat yang dikenakan, sebab itu saya join. heheh.
Okay, ini adalah syarat-syaratnya ;
1. Buat satu entry dan letakkan tajuknya sebagai 'Saya Nak Join Kenali
2. Tinggalkan permalink entry anda di Blog Zairie, bukan di sini ye.
Harap Maklum.
3. Tarikh tutup adalah ; SEBELUM 11.59 malam ini.

Mudah kan? Nak sertai? Mari ramai-ramai klik sini ;



Dec 1, 2010

Part time model









Location ; Private
Photographer ; Afiqah Shukri
Edited by ; Afiqah Shukri
Model ; Shafinaz and Wawa
Camera ; Nikon D40

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...