Bubblegums ;

Aug 24, 2010

surreal

aku memang peminat setia Wani Ardy,
lirik ini dari blog dia. sangat indah, sangat mendalam.
sangat berkesan melekat dlm hati aku.

Jujur saja aku cerita
Dalam senandungku kali ini
Aku tak biasa tulis lagu gembira
Boleh dihitung dengan jari
Tapi apa punca aku berubah
Gara-gara kau, entah dari mana

Kita sahabat, bukan pun rapat
Dalam sebulan jumpa sekali
Gila-gila, kita berdua
Terasa mustahil untuk berkasih
Tapi apa punca aku berubah
Gara-gara kau, entah bagaimana

Jiwaku seberat sauh
Namun bukan alat kawalan jauh
Akalku puas menghuraikan satu persatu simpul
Namun tiada bertemu hujung

Kau memang surreal, kau memang surreal
Tak terlintas di fikiran, kini kau genggam tangan
Surreal, kau memang surreal
Tiba-tiba penuhi hati, tak perlu siapa lagi
Surreal, kau memang surreal
Hingga saat ini aku cuba fahami apa yang terjadi

I guess you’ll never really know
What life has for you in store,
surreal I guess you’ll never really know
What life has for you in store, surreal


ikhlas aku kata lirik ini utk seorang sahabat
yang amat aku rindukan.
aku rindu tulisannya. aku rindu suaranya.
aku rindu lawaknya. aku rindu semua tentang dia.
kembali pada aku sahabat, boleh?

2 comments:

ㄊㄅㄧㄢㄇ® said...

siapakah sahabat itu?????

afiqah said...

mana2 sahabat yg dah menghilangkan diri,
dont worry. bukan sesiapa yg spesial pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...