Bubblegums ;

Dec 14, 2010

Tips meningkatkan jati diri

Hello, hai semua. Tajuk entry mcm bapak hebat je kan.
(Macam kau ni pakar motivasi ke hape kan!)
Okay okay, berbalik kpd tajuk asal ni. Jati diri?
Bahasa mudahnya, motivasi diri. Tak paham jugak? Shuhh!
Pegi Google sana okay? Saya terlalu malas nak terangkan ni ha.


Pernah rasa down cmni? Rasa dibenci, rasa dipinggir, rasa lemah semua dan
sebagainya? Ini salah satu petanda jati diri kita rendah.
Tetapi kena bezakan bila masa kita rasa kita dibenci tapi sebenarnya tidak
dan bila masa kita memang dibenci tapi kita rasa tak dibenci. Ada faham?
Beza okay dua benda ni. Jangan samakan.
Ini sedikit tips bagaimana hendak tingkatkan benda yang dah jatuh ni ;

1. Dekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Mohon perlindungan, bantuan
dari-Nya. Sesungguhnya ALLAH sayang akan hamba-Nya yang patuh
arahannya. Tapi janganlah ketika kita susah, ketika kita memerlukan je
baru nak cari tikar sembahyang tu. ALLAH tak suka orang macamni.
Samalah macam manusia kan? Tak suka jugak. Yelah, bila senang tinggal,
bila susah cari. Betul tak?

2. Sentiasa berada di samping keluarga, saudara dan sahabat. Jangan
berseorangan. Ini sangat bahaya, kerana boleh menyebabkan kita 
berfikir diluar batasan. Faham kan? Yelah, sebagai contoh, banyak sangat 
sekarang ni org bunuh diri sbb frust exam teruk. Ini contoh ye kawan-kawan. 
Kalau boleh bawa berbincang kepada mereka, atau kalau bukan keluarga 
yg anda paling rapat. Ceritalah kepada yang anda rapat. Mesti ada kan?

3. Buat sesuatu yg anda minat, Cari sesuatu yg boleh buat anda gembira.
Sebagai cth ; kalau anda suka makan coklat, silakan buat. Tapi diingatkan,
kalau agak-agak down anda terlalu lama, cth smpi bertahun-tahun. Jangan dok
makan coklat je. Bahaya! HAHAH. Jangan marah. Tapi disini ada fakta yang
mengatakan dark choc boleh membantu kepada penghasilan enzim 'gembira'.
Jadi ini secara tidak lansung, boleh mengurangkan rasa down anda tu.



4. Dan yang paling penting, senyumlah selebar mungkin kerana percayalah
masih ada yang sayang akan anda. Percayalah. Bukan tipu. Dalam 5 orang,
mungkin 4 atau 3 orang yang sayang anda, Jadi tak perlu risau kpd
mereka yg membenci anda kerana manusia tak sempurna kan? Apa
mereka dapat kalau membenci kita pun? Dan yang paling penting, kita tak
akan rugi apa-apa. Yeay!

P/S ; Saya buat entry ni sebab si dia dan beberapa kawan saya tengah down.
Saya masihkan sayangkan anda semua.


17 comments:

Aishot said...

senyum tu awet mude..;D

afiqah said...

CGG ; heheh. betul2 ;)

kai azmier said...

bangun pagi terus senyum.. gerenti 1 hari ni kite xkan ada rasa nk down ataw marah.. cube la try.

nurizztifrhana said...

wahhh, i loveee ur post...tips awak sangat2 brguna laa syggg :) thnks dear! :) look u smile make me wanna smile too! :)

frhh said...

wahhh bagus2.
org tgh down2 mmg patot diberikan panduan mcm neh :D

afiqah said...

kai ; yes yes, mmg pnh cube. mmg berkesan :)

zati ; hehehe. thankss :)

frhh ; hahaha. yes yes.

Shaofie said...

terima kasih fiqa. mencuba untuk tidak stress dan down setiap hari. Jom Berjogginggg!!!

afiqah said...

shaofie ; heheh :) welcome.

Ainna Jalil said...

yeep!! betul tuh sayang, dekatkan diri pada yang esa mmg terbaik!
cayok cayok!

afiqah said...

cik banana ; heheh ;) sangat betul.

Ain Zulaikha said...

agree with you fiqah , dulu masa ada masalah besar kat kolej, selalu down gila.. eh ini nak share je tau.. heheh lepas dah down tu, 3mggu tak pergi kelas. :) planning nak berhenti.. sebab dia ada kaitan dengan entry pasal tikam belakang.. hehe , actually benda first yang kita kena ingat Allah. itu je boleh jadi penenang, and dengan habit gila sy suka senyum and gelak walaupun tak kelakar mana, kita boleh jadi lagi up. hahahaha skrg ni alhamdulillah, sy dah jadi kuat macam batu konkrit. harap tak de benda lepas jadi lagi.. amin..

eh ini nak share je tau.. hehe

My Bloggie ! said...

sy folloew kamu :D emm gud idea. bole gune tips yg bergune ni. selalu sgt rase down lah huhu

afiqah said...

ain ; to be honest, sy pun penah tak g kelas berminggu sbb down mcm awk jugak. hehe, kite same! tapi Alhamdulillah, baguslah awk dh jd batu konkrit yehh :)

my ; thanks :) heheh.

amirarosya2308 said...

sangat2 menginsafkan..huhuhu...pesanan yg sgt bergune..:)

afiqah said...

ijam ; heheh :)

Qib said...

hey foxy girl. rindu sama lu.. hehe
sorry, banyak sngat list. hari ni ur turn. wahah'
senyum manyakk manissss

Gaduh MANJA! | How much do u LOVE me? | First Two Wheels Moment

afiqah said...

Qib ; haha. rndu kamu jgk meh, haha. bz? haiyaaa. klakar. hahah. list banyak. Olang bz nih,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...