Bubblegums ;

Jun 30, 2010

maintain


bayangkan kalau situasi kat atas ni jadi?
malang tidak berbau. bahaya yg dtg tak boleh elak.
alpa menikmati kesenangan, kesusahan dilupakan.
boleh cedera. boleh mati. siapa tau kan?
kalau Allah dah tetapkan perkara itu berlaku.
maka jadilah ia. tidak boleh elak. Allah selalu bg petunjuk.
dalam mmpi. dalam khayalan. dalam ilusi.
semua utk mmberi kita ruang utk bersedia dgn lebih awal.
tapi apa kata kita kalau itu semua tidak di endah?
jangan terlalu berserah. jangan terlalu berpasrah.
aku penah baca sebuah buku tajuk dia Jangan Bersedih.
dulu buku ini ibu beli. tapi masa tu otak tak terbukak ag nak sentuh.
nak jenguk. nak pegang. apatah lagi nak baca buku ini.
pengarang dia ; Dr.'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.
buku ini banyak bagi petunjuk bagaimana nak keluar dr kemelut masalah.
gelombang. dugaan. cabaran duniawi. InsyaALLAH.

jadi bila Allah dah tetapkan aku kene balik Segamat
dan mulakan semester baru. aku kene lakukan, dgn izin dr-NYA :)
kene ikhlas kan hati. kuatkan diri. tabahkan hati.
senyum sampai org kata meroyan sendiri. relaks afiqah.
engkau masih darah muda lagi. belum cukup rasa asam garam dunia.
wahhhhhhh! ada org kata, nama diaorg Akmal Suri dan Ermalina Faiz.
mereka kata ayat ayat makin puitis? oh! celah mana. waktu bila.
tersenyum sambil berkata ; hanya insan biasa. baca faham tulis :)

p/s ; kredit dah lebih seminggu still maintain RM7 ++! tak percaya aku!

Jun 29, 2010

perikemanusiaan

bukan senang nak ngaku salah. ego macam tembok besar cina.
antara keajaiban dunia. susah nak tunduk sbb takut jd pak turut.
tapi kenapa kalau dah dibuat semua itu, dah dibuang ego tggi tu.
tiada satu yg menghargai. bukan si polan itu saja.
malah si polan ini jugak. rasa pedih itu ada sangat.
tapi apa boleh buat.hati kene tabah.
ahh! tiap tiap hari cakap bnda sama.
haha. tapi kenapa tak penah terpikir nak tabah?
sbb rapuh. nasib baik iman tak serapuh fizikal.
calar sikit. luka sikit tue biasalah. manusia mudah lupa alpa.
senang lupa akan Yang Maha Besar, bila susah baru dtg carik.
tunduk. sujud. berdoa. nangis pg ptg siang mlm memohon
pertolongan, petunjuk dr-NYA yg Maha Esa. سبحان الله !

mana pergi janji semua? simpan buat pekasam?
sedap jugak kan. lame tak rase ikan pekasam Pekan Rabu.
mula mencarut mengarut. tett! sudah!
rasa kalau tak boleh tabur janji. jgn tabur.
mcm ahli politik skrg. ramai janji manis masa nak
pungut undi. masa nak pancing undi. tapi dah menang,
mana pergi? ada yg ditunai. yg lain? mungkin tggu masa kan.
teringat kata rakan sekampus Shafiqa Sauti di FB nye.
'adakala,manusia hilang rasa perikemanusiaan,
airmata dan kesakitan insan lain jadi taruhan
bagi mendapatkan kepuasan diri sendiri, manusia selalu lupa'

jangan jadi cmtu kawan sbb org cmni mudah carik lawan.
bukan sorg. malah boleh buat koleksi. boleh penuh
buku bisnes kad. senang je. macam petik sekali 10 dtg.

aku bukan sempurna mana. aku cakap ikut suka.
aku belajar dr kesilapan. buang yang keruh ambik yg jernih.
SUMPAHHH! aku tktau cmne boleh dpt ayat nie.
keluar sendiri dr benak fikiran sanubari.

Jun 28, 2010

separuh

selagi aku bernafas. aku cuba utk berada di belakang kau.
kau kata ; 'sy lemah' 'sy tak hebat mana' 'sy nie tkde pape'
kalau betul. biar aku jd tulang belakang kau. kalau kau perlu aku.
tapi rasanya tak. kau punya yg lain. kau kuat dgn mereka.
dulu kau kata aku istimewa. aku lain. pd kau aku lain.
dlm kau ada aku. pd aku. tnpa kau dan dia, siapalah aku.
kau sebelah aku. dia sebelah aku. lau sebelah je yg ada.
mana nak jd satu kan? mesti jd 1/2. separuh. half.
aku doa yg terbaik utk kau dan dia. rncgn semua.
biar hancur musnah ditelan pintu masa. takyah putar kembali.
biar terkubur busuk dgn sendiri. biar kita je tau. biar kita je simpan.
betul seperti dikata. Kita merancang, ALLAH yg menentukan.
aku redha dgn takdir dr-NYA.

aku mula mengira. saat bila nama dia akan naik di muka HP.
dr tarikh semalam sehingga bila, aku pun tktau.
aku terus tunggu smpi air mata kering.

Jun 27, 2010

lembut hatimu

maafkan aku. aku terlalu rapuh. terlalu lemah utk brdiri tnpa kau.
mungkin kau rasa aku main main bila aku kata aku sayang kau.
tapi aku yg rasa. kau apa tau. aku gembira bila kau ada.
hari hari aku sentiasa tersenyum mengikut gerak langkah aku.
tapi bila jd itu ini. aku jd mcm jatuh pulak. taktau knp.
aku tak berani pandang muka kau. sbb aku takut aku nangis.
aku kan tisu. kapas. bukan batu. bukan besi.
sbb tu aku mengelak bila kau suruh bersila. naik kaki.
baik aku derma darah pd nyamuk dr aku biar air mata jatuh.
aku tau silap aku sbb tu jd cmni. aku tau slh aku.
aku kena terima. biar aku yg buruk. biar aku yg slh.
asalkan dia sanjung kau tggi. aku boleh senyum kalau bnda tu jd.
tapi dia mcm tak hargai kau. aku sakit sbb itu sbnrnya.
aku luka sbb itu sbnrnya. yelaa. apa dia tak nampak?
apa dia tak pndg apa kau buat? oh! kalau aku jd dia.
aku campak jauh org lain. sbb aku punya kau.
tapi itu kalau aku jd dia. tapi dia bukan aku.
aku cuba selami kau. sbb aku rasa mcm ada bnda kau smbunyi.
cakap lah pd aku. dia tak suka aku kan? dia benci aku kan?
kau benci aku kan? yelaa. sbb aku. kau dan dia begitu.
maafkan aku. mungkin aku keterlaluan. aku bukan apa.
aku hanya insan biasa. mungkin apa yg dah jd. seperti kata kau ;
'suprise!' 'ada ke org nak buat suprise die gtau?'
cmtu lah bentuk dugaan yg jd kali ini. tak terduga.
aku kena kuat. lagi 6 hari nak berambus meninggalkan bndr tercinta.
aku kena kuat tanpa mereka berdua di sana nanti.
aku masih punya mereka yang lain dan dia.
jangan risau aku kental. aku kebal. luka sikit aku boleh letak ubat.


Jun 26, 2010

broken bagai kaca

Aku kasihan dengan mereka, Yang tidak tahu beza kaca permata,

Aku kasihan dengan mereka, Yang tidak tahu syukur apa ada,

Punya teman, kita lemparkan, Dunia luas, apa yang dihairan,

Manusia mudah terasa, Merumitkan apa yang biasa,

Apa perlunya dendam segala, Bila ada Tuhan dan karma,

Apa jaminan kita kekal sama, Persetan kenal sebulan atau sedekad.


Kaca Angkasa-Wani Ardy

oh. kau kata aku yang kau percaya. atau aku yg telampau percaya?
pada dia. pada aku. semua sama kau cerita. aku terluka. kau rasa?
aku ingat kata seseorg tntg buruknya aku ; 'senang sgt percaya org' 'senang sgt tlg org'
aku balas ; 'sy tlg dgn hrpn bila sy susah, mereka ada utk sy'
itu saja jwpn setiap kali ayat penyata diberi.
ibu kata ; 'kawan gembira ramai, kawan menangis, susah nak ada'
yea. aku ada kawan gembira saja. maaf kalau terkasar.
ini apa aku rasa. oh! 6 bulan, dua kali jd? mcm aktiviti wajib tahunan. trauma.
rasa mcm nak lari jauh jauh. sembunyi. kunci pintu. kunci tingkap. tutup telefon.
tutup mata. tutup hati. mungkin nak jadi hati batu barangkali. biar tiada perasaan.
tapi aku tak boleh, aku pernah cuba. aku tak boleh. aku bukan patung.
tapi selalu dilayan mcm patung. kenapa kena ada manusia yang pentingkan diri?
mana letak hati perasaan mereka? mereka simpan dlm kotak besi ke?
tak boleh nak bukak? terlupa kod rahsia? oh! alasan bodoh.
maaf. mungkin aku sudah terlebih. tapi apa daya. aku insan biasa.
yang lemah. tiada tongkat utk menampung kelemahan yang berat ini.
mereka cakap senang. 'jadi kuat. kau boleh' 'aku ada dgn kau' 'jangan lah nangis'.
mereka rasa? takpe lah. mungkin aku juga pernah cakap bnda sama kan.
manusia semua sama. hati lain lain.
dan juga tahap keimanan pd Yang Maha Esa yg mmbezakan.

aku kena belajar berdikari. aku kena hidup sendiri.
aku kena belajar jd tabah kalau taknak mata && hati makin berdarah.

I’m drowning in the tub, you’re lying on the floor,
I’m waiting to be saved, you’re waiting to be saved,
I’m bleeding every night, you’re dying on the inside,
I’m waiting to be cured, you’re waiting to be cured,
I’m too tired to try, I’m too hopeless to hope.

Broken




Jun 23, 2010

plan A jd B

betul kan kata peribahasa ;
'kalau tiada angin masakan pokok bergoyang'
'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai'
hati tersilap aturkan perasaan.
minda tersilap baca fikiran.
mulut tersilap atur bicara.
tangan tersilap buat pilihan.
mainan hati. mainan jiwa.
perkara biasa dunia remaja.
gaduh sikit perkara biasa.
salah sikit gaduh. marah sikit gaduh.
mana letak adil smpi kene hukum cmni?
mata buta? telinga pekak?
jangan jd bodoh. jangan jd sombong.
jangan ikut hati. nanti mati.
fikir logik. fikir positif.
tapi smpi bila? smpi mata berdarah?
smpi hati koyak? smpi hati rabak berdarah?
orang cakap senang. orang ckp A, selalu buat B.
mereka rasa? mereka kene? tak.
mungkin ada yg lebih teruk tp knp mesti kene?
senyum je biar org semua ingat sedang bergembira.

terus terang

terus terang okay.
jangan buat aku risau.
tangan sejuk. jantung berdegup.
kejutan? aku teruja.
tapi aku risau. kau rasa, kau nmpk.
tak kesian aku? aku risau kau.

tapi kdg2 aku terpikir,
terus terang jugak
boleh buat aku sakit.
sedih. pedih. buta. keliru.
pijak sana. pijak sini.
cari tapak utk berdiri.
teringat lagu Kau Harus Ada nyanyian Hujan.
' rasa itu ini sementara, ku ta'kan di sini selamanya'

p/s ; aku mahu jadi diri ku yang lalu.


Jun 21, 2010

KL


KUALA BERLUMPUR!
boleh tak kalau aku cakap aku taknak pegi?
mesti TAK BOLEH kan?
okay okay. aku pegi.
sokseksoksek.
-_-"

'kaklong, kemas baju cepat!'

nobody perfect

ouh yeah! kene tag dgn farah yasmin.

1. How tall should he be?
taller than me of course.

2. What hair colour should he have?
i do love the way he is in himself

3. What kind of personality should he have?
I already told Ajien about this :)

4. Older or younger?
same age? -_-"

5. What film actor should he most be like?
just be himself please.

6. What singer should he most be like?
i wish he can play a song with guitar for me

7. Do they need to cook?
Yess, of course. the sweetest thing will happen
if he helps me in the kitchen.

8. What is his best body part?
err? do I need to ans this? _I_

9. What car should he drive?
LANCER 2.0 GT please.

10. What one thing completely turns you on?
himself of course.

11. Who was the guy on your mind when you were doing this survey?
ANMR ♥

12. Tag people to do this survey too.
- si adik fiqah
- si frhh
- anybody and anyone.

Jun 20, 2010

juara












jangan pergi dulu

JANGAN TINGGALKAN SAYA.
SAYA TERLALU CINTAKAN AWAK.
AWAK KENA KUAT! AWAK BOLEH!
SAYA ADA DENGAN AWAK!

FATIN NUR AFIQAH SYAZWANI
AHMAD NAZRIN

Jun 15, 2010

gubahan nama

haha. pelik tak pelik tajuk nie haaa.
okay. semalam aku usha satu blog.
owner die fatin razali (:
then aku terbaca entry die pasal Transformasi Nama.
aku suka. aku cuba ingat dan taip.

1. Ajien-STARIAN
-sebab time ni baru kenal. then die duk skula kat STAR,Ipoh.
tue yg duk letak name tue. haha.

2. Nazrin Best :)
-alaa. time nie knon knon mcm dah tersuke lak kt die.
ehee :) tue yg duk letak name betul die tue haa.

3. hubby ♥
-time nih dah duk kapel dgn die. cehh. tangkap jiwang,
duk letak name tue. haha. then, kantoi ngan Paklong.
malu sendiri. tuka name lain. haha.

4. → NAZ ♥
- i dont know. but i love to save his name as NAZ. sgt tertarik
dgn name itu. haha.

5. [SUPER ♥]
- die superhero hatiku. tiada yg lain dpt mengambilnya dari-ku.
ouh superhero. sudahkah kau mengahwini ku? :) *wink*

okay2! setiap name die. mesti ade ♥ kan?
aku cinta dia sgt. biar apa org kata.
dia milik ku.

p/s ; name nie tkde kreatif mana pun,
jadi! utk yg membaca, apa name die korg letak? :)

Jun 14, 2010

pahit mcm ubat

mungkin pahit utk ku terima kenyataan.
aku tersungkur lagi kali nie.
bila ku lihat ape yg terpampang.
aku menangis sendiri.
semua sudah tertulis.
tapi aku ingat baris baris
lirik lagu Pelita nyanyian A.P.I. :
'ta'kan ku menyerah kalah walau mmpi ku musnah,
harapan ku hancur, sayapku patah'
aku letak sebagai status FB, semua like.
mungkin kali ini bukan rezeki.
berat utk aku terima yg mereka tidak akan
dpt bersama meneruskan perjuangan.
sabarlah wahai rakan. aku tetap rakanmu smpai
akhir hayat kau dan aku.
aku kene tabah utk memulakan apa
yg telah aku tgglkan dulu. makin berkurang
isinya. tapi tak bermakna. aku ta'kan mengalah.
aku akan buktikan, apa yg jd kali ini
ta'kan berulang lagi. tahniah pd yg berjaya
menamatkan peperangan kali ini. bagi
yg cedera di tgh jalan. mari kita rawat
luka itu dan terus berjuang.
yg berjaya, tarik rakan anda dan bawa mereka bersama.


Jun 9, 2010

kawan kawan

sejujurnya aku ini bencikan dunia yang baru kurasakan
sejujurnya aku rasakan dunia baru ini penuh manusia plastik saja
berapa orang yang kau boleh bilang menjadi kawan, kawan?
berapa orang yang boleh bersama-sama, teman?
berapa orang yang kau rasakan memang sebenarnya kawan dalam jiwa?
sebab sebenarnya berapa orang aja yg kita betul-betul kenal
yang tahu apa makanan kegemaran
yang tahu apa yang kau rasakan
yang boleh tahu kau sedang menangis ketika kau sedang tersenyum
berapa orang yang hilang bila kau katakan kawan, kawan?
berapa orang yang kau boleh katakan teman?
semuanya ketika ada duit saja
ketika ada rumah, ketika ada segalanya
berapa orang yang benar-benar kenal engkau?
di luar, di dalam, siapa yang kenal engkau?
hanya keluarga
hanya satu dua tiga
yang lain semua sampah belaka
ku tak suka dunia baru ini, ku tak suka
bukan kerna apa, bukan kerna kerek, tapi ku tak suka
kerana berapa orang yang kau boleh bilang kawan?
berapa orang yang kau boleh bilang teman?
semuanya bohong belaka
semua ketika ada duit saja
ketika ada rumah
hey kawan-kawan, berhati-hatilah
kerana orang-orang itu semuanya hanya mengambil kesempatan
mengambil keuntungan
di waktu engkau senang
di waktu engkau terbilang
di waktu engkau rasa suka
di waktu duka tiada
hey kawan-kawan berhati-hatilah
dunia penuh dengan, penuh dengan
penuh dengan sampah
penuh dengan sampah
tahun baru ini kita katakan kita
mahu berubah
mahu berubah
tapi berapa orang yang telah ambil inisiatif untuk memikir
sepanjang tahun lalu apa yang telah kau lakukan
bukan fikirkan ke depan!
fikir apa yang dah terjadi
muhasabah diri
fikirkan apa dah jadi
bukan sekadar mencari “wah, ramainya kawan!”
percayalah kawan aku sudah berada di sana
dan aku boleh katakan yang aku tak suka
semua kata teman
semua kata kawan
tapi bila kau sedih
tapi bila kau berduka
tiada siapa yang mau duduk bersama
semua berlari keluar pintu sana
semua kata “bye bye”
padahal dulu “hai hai”
siapa mereka, kita takkan tahu siapa
cubalah kau bersusah
yang siapa meninggal bersama kamu itu kawan
yang sudah pergi, bukan
yang tinggal itu kawan
yang pergi itu bukan
yang tinggal itu kawan
yang pergi itu bukan
yang tinggal itu kawan
yang pergi itu bukan
yang tinggal itu kawan
yang pergi itu bukan
berhati-hatilah
berhati-hatilah
berhati-hatilah
berhati-hatilah kawan-kawan
ini tahun baru kita buka buku baru
fikirkan masa dulu
sekarang ini kamu fikirkan, kawan-kawan
fikirkan kawan-kawan
fikirkan kawan-kawan
fikirkan kawan-kawan
siapa kawan
siapa lawan
siapa kamu
kenali dulu
kenali diri kamu
kenali diri kamu
kenali diri kamu


okay. ini lebih kepada puisi yg telah
di ubah suai oleh Fynn Jamal-(click ini utk lirik sebenar)
dia tulis tntg cerita dia dan kwn kwn dia.
dia nyanyi-kan puisi ini.
aku ubah suai utk sesuai-kan dgn semua.
:) lirik ini amat mendalam.

Really Love You :)

You are my first thought in the morning
And the last of every night
Your the one that's make
everything looks like a miracle
The brightness in my live
Your kisses are delight
U really had made me want u more
More than before
Sometimes it hurt
When u wanna leaved tonight
Sometimes it feel,
like there's no way I could hide
My feeling for u
And I thought that u should stay
Now wondering why
That I wanted u to stay
Another day, so I can show u
My heart is gray, and crying for u
To cherish me, to comfort me
And I swear to god
That I really, really love you :)

Really Love You by The Siblings :)

Jun 8, 2010

perasan sendiri

dia ingat hanya diri nya.
tapi bukan. ada yg lain utk insan itu.
ketawa sendiri bila dpt tau.
masih tersenyum :)
perasan sendiri dia nie.
tkpe. dia tetap bersama nya.
maafkan dia. dia bukan yg terbaik.
insan ketiga menang. tahniah.
buat insan ketiga ;
jaga diri nya baik²
seperti dia cuba menjaganya.

kalau bukan

Kalau bukan kerna dia.
aku dah tersungkur.
aku dah terduduk sendirian.
menangis di hujung dunia-ku yg kecil.

Kalau bukan kerna dia.
aku dah mengalah.
aku dah pergi.
melarikan diri ke dunia yg baru.

Kalau bukan kerna dia.
aku dah tak bernafas.
aku dah tutup mata.
bersama linangan air mata.

dia dtg. dia hulurkan tgn.
berjanji ta'kan meninggalkan.
berjanji akan bersama.
sehingga hembusan nafas-ku yg terakhir.

ini bukan lagu.
ini bukan puisi.
sekadar luahan dr lubuk sanubari.
tanpa dia, aku tak setabah ini.

Dia dlm petikan ialah dua org insan
yg selalu berada di samping-ku.


Jun 7, 2010

hati mati

tk pyh nk susah² amek berat psl aku.
bile kau, aku tnye. ape mslh. ape cerita.
kau tengking aku. kau herdik aku. bila susah,
crik aku. tp bila aku nk tlg. kau buat cmnie.
tkpe. aku sbr. aku okay. mungkin kau tension.
bile aku tak okay. and aku nak citer kat kau.
aku nak citer depan². kau nganjing aku.
kau mcm endah tak endah. bila aku tak cter,
kau kata aku penting diri. sombong.
hey! aku bukan patung.
aku bukan mainan. aku bukan mcm tuala.
kalau kau nak, kau amek aku. lau taknak.
kau cmpak. aku ada hati. aku ada perasaan.
jadi tak perlu kesah psl aku.
kalau aku mati sekalipun, biar mayat aku busuk
tanpa siapa tau.



Jun 6, 2010

hati

sakitnya hati bertambah parah.
senyuman, ketawa, perlakuan semua dusta.
cuba nak senyum tapi fuhhh.
senyuman palsu yg keluar. FAKE.
setelah lame disimpan, hampir sebulan,
akhirnya, luahkan ape yg dipendam pd dia.
dia suruh bersbr. dia tak marah sbb bukan salahku.
tapi sampai bila nak kene thn sakit nie?
hehe. tkde jwpn. sekali aku jatuh,
sukar utk bangkit semula.
'sy tau awk kuat. sy tau awk boleh'
'awk kan srikandi. kene kuat'
ayat nie berlegar-legar dlm otak.
berlegar-legar tue betul ea? :) haha.
hentam jek r. ape ade hal.

terima kasih untuk
dia dan awk ;
Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan


→ Adira-Ku Ada Kamu


Jun 4, 2010

budak setan

keluar rumah 2 suku.
carik petrol pump. isi minyak.
cucuk duit. gerak Kulai.
hujan lebat. sgt berhati hati.
nyaris accident. teksi jalan mcm kemut.
break mengejut. naseb baek kete blkg tk hentam.
mase tu ingat ALLAH, ibu ayah, ahmad nazrin.
kaki menggigil. bdn sejuk. smpi rumah Bella.
aku perlukan rehat. turun minum air.
reda-kan jantung yg berdegup sgt kencang.

gerak ke PG. mirul call. die patah balik,
sbb hujan lebat sgt. die basah lencun.
maaf mirul menyusahkan awk.
amek mirul. gerak TC. beli tiket LBS-6.45ptg.
carik hadiah Meton bersama kwn kwn.
happening fun seronok :)
makan Johnny's. best tidak terkata.
ketawa tak engat dunia. meja kiri kanan
depan belakang pndg ktorg mcm ktorg Alien dr Marikh.
hahaha. Mirul buat aksi memalukan.
ktorg buat restoran tu mcm kedai mamak.
masuk wayang lmbt. kul 7.05 baru masuk.
dialognye time ktorg masuk.
'kau tau tak kite hampir bunuh org?'
LBS nie aku boleh bg 3/5 je.
no komen lebih-lebih.

secara keseluruhan. td best.
happening. hati kecewa. sakit
sedikit terubat tatkala kwn di sisi.
terima kasih awk. tenangku disampingmu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...