Bubblegums ;

Nov 30, 2010

Contest Cerpen Sesedap Rasa



Pada suatu pagi yang hening, sedang Ain Zulaikha enak dibuai mimpi.
Ops, mimpi apa lah tu kan Ain? Ish ish ish. Dia menerima satu sms
dari nombor yang tidak dikenali. ' Weh, share kredit dgn aku'
Ain Zulaikha yang mamai ni terus terduduk, disebabkan sikapnya yang
baik hati tu, die dengan selamba badak reply 'Kau request ah share dgn aku,
nanti aku approve'. Tak sampai beberapa saat, satu sms lagi sampai.
'RM5 is requested.....'. Ain terus reply 'OK' dan terus sambung tido balik.
Tetibe ade video call masuk, Ain Zulaikha ni kan mamai, dia pakai angkat je.
Tau tak apa jadi? Jeng Jeng Jeng! Ade sorang mamat hensem dihujung talian sana.
Wahh! Ain kelam kambut amek selimut tutup rambut sume. KAH KAH KAH!
Rupe-rupenya, mamat tu, crush si Ain ni mase skula dulu. Ain tak berapa dgr sangat
mamat tu cakap hape, tapi yg die dgr 'Jumpa aku kat Food Court Wira Mall kul 1!'
Tettt. talian diputuskan. Ain bingung. 'Betul ke hape aku nampak?' 'Zaki ke td tu?'
'Ahhhh, baik aku bersiap cepat! dah kul 11 lebih ni.'


Tepat jam 12 tghari, Ain Zulaikha bersama kucing kesayangannya
bergegas ke pondok bas berdekatan, konon nak tahan teksi kat sanalah kan.
Untuk pengetahuan semua, Ain Zulaikha ni agak kelam-kabut sikit orgnya.
Tetibe, 'PONNNNNNNNNNNN! Hoi budak mau mati ka?' sorang apek
bawak teksi menjerit ke arah Ain Zulaikha. Ain Zulaikha terpinga-pinga.
Ceh, die nak cover ah sikap ke-kelamkabut-an die tu, die pun cakap ;
'Mana ada uncle, saya mmg berdiri tgh jalan ni, tiru aksi Jun Pyo dalam
Boys Over Flower tu sbb sy dah lmbt ni, sy nak guna teksi, uncle boleh tlg anta?'
Nasib baik uncle tu kenal Jun Pyo, uncle tu terus cakap, 'Haa. lu minat ka sama die?
Mali mali! Uncle anta lu. Mau pegi mana?' Ain Zulaikha menjerit, 'Yes! Wira Mall uncle!'
20 minit lepas tu, Ain Zulaikha pun sampai ah. Time ni, masyaALLAH, ALLAH je yg tau
jantung Ain ni dah berdegup tahap ape lah kan. Die dgn pantasnye, terus mendukung
kucingnya dan berlari ke tingkat 5 dimana terletaknya food court. Sesampainye di sana..


Die terlihat seorang jejaka kacak berbaju pink sedang termenung keseorangan.
Ain terus cepat-cepat dgn selambanya pegi duduk depan jejaka tu kan.
Sebab dia confident yg tu Zaki yg call die pg td. Ain Zulaikha berkata dalam hati,
'Alahai Zaki, kau memang tak pernah berubah dr dulu kan, hensem je'
Jejaka td terkejut, 'eh, u sape?' Ain membalas, 'Alahai kau ni Zaki, ni aku lah Ain'
Jejaka tadi pun, 'Ohh Ain! HAHAHA. Camne kau tau aku Zaki?'
'Alahh, kau masih hensem mcm dulu jugak lah, haa! ape hal kau
nak jumpe aku ni? Penat tau aku!' Jejaka tadi pun memulakan perbualan.
Setelah hampir setengah jam berlalu, mereka ketawa. Mereka bertepuk tampar.
Alangkah bahagianya mereka, yelaa. dah nak dekat bape taun tak jumpe kan.
Crush pulak tu, lagi bahgia lah Ain kan. hehehe, Tetibe..

'Papppp!' dulang yang diisi dgn segelas coke dan sepinggan nasi dihentak ke atas meja.
Seorang perempuan dengan muka yang agak bengis berdiri di sebelah Ain Zulaikha
sambil bercekak pinggang. 'Hey! Kau siapa huh?' Jerkah perempuan itu. Ain
dengan selambenya, 'Aku kawan Zaki lah! Kau sape?' Perempuan tu terkejut,
'Zaki? Zaki mane ni? Ni Haikal pakwe aku!' Ain terus menoleh ke muka jejaka
tadi dan terus merenung dgn tajam untuk mendapat kepastian. Jejaka tu menjawab,
'Actually kan u, I bkn Zaki. I nak bgtau u dr td. Tapi u rancak sangat berbual,
peramah, i suka dgr cerita u. I tak sampai hati nk bgtau' Ain Zulaikha dengan
malunya bangkit sambil mencapai kucingnya lalu meninggalkan food court.
Tanpa Ain Zulaikha sedari, ade seorang lelaki mengejarnya. Apabila sudah dekat,
lelaki itu menepuk bahu Ain, lalu Ain menoleh. 'Hai Ain, nie aku Zaki.'

Haa, amacam? Seronok tak cerita saya ni. Sila angguk cakap seronok! Okay.
Kenapa saya tulis cerita merepek ni? Sebenarnya saya join satu contest yang
dianjurkan oleh Cik Ain Zulaikha yang cantik manis. heheh. Nak tau pasal contest ni?
Haa, mari kita beramai klik di sini ; Contest Cerpen Sesedap Rasa.


Okay, hadiah yang disediakan boleh tahan jugak tau. Cuba tengok ni ;

Haa! Cik Ain kata mungkin ada hadiah penyertaan. Wah wah. Apakah agaknye kan.
Tak sabar nak tau. Ces, macam menang je kan kau ni Afiqah! Berangan je lebih!
Ini cara penyertaan yang disedialan oleh Cik Ain kita, wajib letak. hehe.


Sekarang tiba masa untuk men-tag blogger yang mungkin berminat nak sertai contest ni,
jadi saya pilih ; Ainis, ieqa, farah, zati, bella, dan semua yang teringin untuk menyertainya.

Selamat mencuba, heheh. Ain! Saya kena menang okay. Wekk. Saya tipu je.


tips bercinta

Jadilah cantik/comel/kacak/bergaya, konfem pakwe/makwe
sayang korang sangat. Nanti dia takdelah pandang orang lain.
Nanti korang yang melopong, menangis macam hape.
Padan muka. Tengok macam diorang ni haa ;

( Megan Fox cantik, saya suka!)

( Jon Foo kacak bergaya kan?)

Saya takde ciri-ciri ni semua, macamane? Hanya insan biasa.

Nov 29, 2010

Hutang

Hello, hai semua, Hari ini saya hendak melangsaikan hutang.
Wow! Kau Afiqah pandai berhutang dengan orang kan. Tak malu?
Aisehh, bukan tak malu, tapi orang yang hendak membuat saya berhutang?
Haaa! Orang yang buat kau berhutang Afiqah? Biar betul, pelik betul dgr.
Okay dah, saya tipu. Saya hutang soalan tag daripada 2 orang blogger.
Mereka ialah insan yang cantik manis dan bergaya ; Izzati dan Shasha.

Ini soalan yang saya kena/wajib jawab, ohh banyaknya, tapi takpe,
saya buat juga demi mereka berdua yang saya sayang, mari baca ;

1. Apa benda paling penting dalam hidup anda?
Oh, soalan ini cakap penting kan? Agama, ilmu, keluarga dan Ajien.

2. Benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?
Pakai duit sendiri? Topup. hahaha :D

3. Di mana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?
Ohh My, hape ek hape ek? Sy nak dekat hotel yg ada laut tepinya. feewittt,
Grand tak? Grand tak? Tema warna ; okay, ungu dan emas atau hijan dan putih.
WOWW! :)

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
HAHAHA, Sedang kot. LALALALA :D

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Mestilah sampai akhir hayat saya, InsyaALLAH :)

6. Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
Majalah Gempak dan Utopia keluaran disember.

7. Antara mak ayah korang, mana yang korang lebih mesra?
Saya memang rapat dengan ayah, dan saya juga rapat dengan ibu. Mereka berdua
sangat saya perlukan. Tanpa mereka, siapalah saya.

8. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
Betul-betul nak jumpa? Okay, angkasawan Malaysia pertama sebab nak bawa beliau
jumpa adik-adik saya sebab mereka suka akan beliau. WOW, manisnya kau! HAHAA.

9. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Mestilah! Sebab dar tingkatan 1 sampai sekarang hidup berdikari. HAHAH.

10. Di manakah tempat yang korang betul2 nak pergi?
Maldives boleh tak?

11. Pilih salah satu, peluk atau cium?
Peluk kot ^.^

12. Beritahu 1 benda tentang orang yang tag anda.
Mereka berdua sama cantik :)

13. 5 lagu yang korang suka dan selalu dengar.
Aishteru oleh Zivilia, Yang Sempurnakanku oleh Sixth Sense, Cukup Indah oleh Alif Satar,
Halammaakk! penatlah hendak taip.

14. Blogger yang dipertanggungjawabkan untuk menjawab tag ini?
- Ajien (WAJIB JAWAB. Haha!)
- Ahli 'Blogger Tercinta' (Korang pun wajib!)

Okay, fuhh! Penat dah melanaskan hutang saya nih. Siapa kena tag dan sesiapa
yang hendak buat tag ni, Silakan jawab yeh. Tapi tinggalkan komen untuk saya
kesan anda balik. Bye.

Nov 28, 2010

Mitsubishi saya, kerek tak?

Hello, hai semua? Rindu saya tak? Rindu? Okay, tipu.
Tak baik tipu saya, sebab saya boleh baca perasaan awak. Haa!
takut tak? takut tak? HAHAHA. Acahhh mak enon je lah.

Okay okay, sebenarnya post kali ni, nak mintak tolong sangat
dekat semua orang yang membaca post saya ni. (Halamak kau, mcm terdesak je!)
Ahh, bukan terdesak, tapi mintak jasa baik, hulurkan sedikit kerajinan
untuk mengundi. Alaa, bukan kene beratur panjang-panjang then pangkah tu.
Saya bukan ahli politik lah. hehe. Gurau je. Tapi ingat, kalau nak tolong,
biar ikhlas ye, baru Tuhan sayang kan? Semua belajar kan masa sekolah :)

1. Mula-mula, semua kena ada Facebook macam saya. Kalau tak, tak boleh lah
nak tolong.

2. Okay,bila ada Facebook. Korang pergi cari nie ; Mitsubishi ASX Malaysia.
Korang tekan situ terus, saya dah link-kan sekali untuk kesenangan bersama.

3. Lepas dah kuar page die, korang cari nama 'Afiqah Shukri', nie nama Facebook
saya. HAHAHA. Dah jumpaaaa macam kat bawah ni? ;

(tekan untuk lebih jelas)

4. Bila dah jumpa, korang tekan button like tu. tu je, senang kan?

5. Tolong ah promote kat kawan-kawan korang yang ade Facebook eh eh?
hehe, kalau sudi, Kesudian anda amat dihargai. Terima kasih.


Okay, saya janji saya akan cerita hape benda ni semua kan untuk post yang selepas
ini ye. Saya janji. Terima kasih korang :)

How to treat your friend nicely?

Hello, hey people. What a serious title I think. Ehem ehem.
I think some of you have this type of 'kawan time senang je' problem.
Right? Right? Right? A big applause for me. Yeahhh!
Okay okay, just forget about that kind of friend/s that you have,
we have to move on people. Don't cry over the split milk.
Am I right here? Correct me if it is wrong.

There is no such thing as 'kawan lupa kawan' here, each of us have our
own life. Sometimes, we can't spend all our time with our friends. It's crazy!
But at least show our love, our care, our smile, our warm hug to them.
How to make a friend? ahaaa! These are the tips ;

Lend your shoulder to them when they have problems : It is simple right?
As simple as ABC. Feewittt! It is a fact that friends need somebody to be
with when they're down. So, give me your shoulder people! HAHAHA.
I am crying here. (lying)

But when you have friends that lend their shoulder to you for BENEFITS
and at last, throw lots of shit to you when they are HAPPY. So, why just stand there?
Back off people. Understand?

Don't make any promise to new friend/s : Meaning here, at first everyone can be
nice to you, can praise you as high as the sky, and when you already been trapped
by that 'nice' thing, you will say 'kau lah kawan dunia akhirat aku' 'kau bestfren aku'.
Am I right? Mostly people will say things like that including me. Yes people, ME!

But after few days, few months, few years, you will be the one that suffer, that
cry for that 'kwn dunia akhirat' and whatever because you will find, you will realize
that friend/s don't deserve for that title of 'kwn dunia akhirat'. HAHAHA.
As I said before, they want to be friend with you just for BENEFITS.

So, people. Remember, not all people want to become your friends/bestfriend.
Ohh My, finally, I'm sorry for this post, maybe it will make some people hurt.
This is just my own idea, my own thought. I don't have any other intentions.
Just sharing. SWEAR! I love all my friends.


Big P/S : Not all friends have those kind of attitudes that I've mentioned above.
Don't misunderstood okay? Love ya'!


Nov 26, 2010

Iphone 4 percuma untuk semua.

Hai kawan-kawan, okay harini nak kongsi sikit pasal satu benda cool ni.
Benda? eh eh eh, bukan. Pertandingan yg dianjurkan oleh CIMB Malaysia.
Alahai, saya rasa dah kecoh dah, saya je yang lambat kan. Huwaa! Malu I.
Okay, itu tak penting. Yang penting skrg, kenapa saya cakap ini cool?

Fuh, okay! Mula-mula, pertandingan ni senang je. Tapi pastikan korang
semua kena ada laman sosial Facebook. Alah, benda kecik. Majoriti semua ada kan?
Kalau takde, maaf. Permintaan anda tidak dilayan. Cewahh. Lepas tu, korang carik
page CIMB Malaysia, logo warna biru. Haa, aku dah mudahkan dah ni. Klik sini.
Pastu sila like banyak banyak. Okay. Tipu. HAHAHAHAHA. Sekali je boleh like kan.

Arahan seterusnya, akan terpampang dengan sendirinya depan mata anda.
Percayalah. Okay, semua dah dok tanya, 'Apa yang coolnye?, biasa je aku tengok.'
Haaa! ni lah klimaksnya. Apa korang perlu buat, pilih dua hadiah yg korang nak.
Hadiah dia cool gila okay saya cakap! Iphone 4, iPod, HTC, Voucher RM500 dari banyak
tempat menarik, fuhh. Meleleh air liur. Kalau tak meleleh, datang jumpa saya.
Bila dah pilih, hanya dengan sedikit kerajinan, ketabahan, kesudian anda mengajak
kawan-kawan FB anda yang lain untuk
sertai. InsyaALLAH anda pasti menang.

Ini contoh setelah membuat pilihan ye kawan-kawan, eh tengok! dah ada pair ;



'cool lah benda ni!' HAHAHA, saya tau.

Jangan buang masa, siapa lagi nak bagi percuma benda-benda cool tu kan?
Nampak banner bawah ni, sila gerakkan cursor anda, dan klik!
Cepat cepat, tarikh tutup 30 NOVEMBER 2010, lagi berapa hari je nih haa!



Semoga berjaya semua.
Jangan terlalu mengharap, berusaha dan tawakal.


kau cool?



Terima kasih daun keladi ditujukan kepada Ajien untuk 'Simple but Cool' award.
Ada beberapa soalan yang perlu dijawab. Alamakkk, Skemanya bahasa. HAHAHA.

Sape yang korang sayang?
Keluarga yang tercinta, Ajien yang dikasihi
*ouchhh! malunya.*

Pe komen korang pasal blog saya?
Okay Ajien, blog awk okay :)
Cantik!

Ucapan terakhir untuk pemberi anugerah..
Teruskan ber-blogging, kumpul duit,
dan ehem ehem. HAHAHAHA!

Tag? hahah, pemberi award tkde suruh pulak nak tag tag ni. Tetapi...
siapa yang baca post ni boleh pegi kat sini, Blog Ajien untuk info lanjut.

Terima kasih Ahmad Nazrin Mohd Romi.





Nov 24, 2010

Stop Child Abuse



Mula-mula pergi web ni.
Cepat-cepat! Tak rugi ponnn.
(klik dekat gambar untuk ke web)




Cantik tak? Cantik tak?
Sila hangguk laju-laju. Kalau tak saya siku.
Hamboiiii kau Afiqah, pandai dah nak siku orang kan.

Okay, untuk memulakan cerita. Saya sedih dengan dunia sekarang yang semakin kejam.
Tau tak kawan-kawan apa maksud kejam? Kalau taktau, cari kamus sekarang.
Banyak benda yang boleh diklasifikasikan sebagai kejam, hamboi kau bahasa.
Saya pilih satu isu je lah kan sekarang untuk mengaitkan dengan 'tangan' cantik tu.

Penyalahgunaan kanak-kanak, eh eh. mcm tak sedap. Okay. dalam bahasa omputih.
We can call it as child abuse. Okay, sikit je tulis dalam omputih hari ni. HAHAHA.
Bukan nak cerita pasal bagaimana cara nak membanteras masalah ini. Tapi nak kongsi
sikit pengetahuan yang dibaca di beberapa artikel kan tentang hak kanak-kanak ni sendiri.

Hak untuk dilindungi dan dijaga ; Kita semua tau yang mereka ni golongan yang lemah kan?
Dah lah, comel, kecik, rendah. Sampai ke hati korang nak main kasar dengan diorg?
Jadi, mereka kena sentiasa dilindungi dari segala bahaya, malapetaka. Seelok-eloknya,
jaga mereka bagai menatang minyak yang penuh. Anak-anak ni kan Anugerah ALLAH :)


Jangan biar mereka terseksa dan berada
dalam ketakutan begini. Lindungi mereka!

Sumber : Google Image

Melindungi kanak-kanak ni bukan mudah. Kena ambil kira dari pelbagai aspek
ye kawan-kawan. Wahhh kau! macam bagi ceramah kat orang yang ada anak je kan.
AHHH-Peduli hape aku kan. Mane lah tau kot-kot ade mane-mane ibubapa terbaca
blog saya ni. Dapat kongsi ilmu sikit. Budak-budak kecik ni selalu jugak disuruh
untuk menjadi pengedar dadah, pelacur dan buruh kasar. OHHHH~
Sampai hati mereka kan. Jadi, ibubapa, kawan-kawan, semua sekali kena ambik
tindakan, kena jaga anak-anak, adik-adik atau sesiapa je yang berkaitan bagi mengelakkan
mereka dijadikan mangsa-mangsa oleh golongan yang kejam ini. Kasihanilah mereka.

Sebenarnya banyak lagi hak-hak untuk kanak-kanak ni. Banyak, tak terlarat nak tulis.
Banyakkan membaca, banyakkan melihat, banyakkan mengkaji. Kat sini. Saya sertakan
satu artikel dari UNICEF sendiri tentang hak kanak-kanak dan sebuah video. Hayatilah ;

video

Video ini dihasilkan oleh Gianne Yap pada 2007.
Untuk lebih info sila pergi ke ; UNICEF


Nov 16, 2010

sex

Hello people, today no more jokes and whatever. Because I'm totally mad
and so so so so shock with something. OHHH yes, before I show you that
'shocking thing'. Okay, do you agree with sex edu people? Do respons me.
Erghh. A child as young as my youngest brother will learn this sex edu
starting next year. Ohh, that is really really doesn't make any sense.

Reasons for this are to avoid HIV things, and else, you know what right.
Come on, there are some other solutions. Basically, naturally, home and family.
A good child comes from a good family. Major. Not all. But I think the best way,
yes that! Haaa yes, I read some info from Faisal Tehrani's blog. Check it out.

And so, I found this 'shocking thing' people ;



Do view it on Faisal Tehrani's okay?
It is more larger than mine.
And do read the post also people.

So, what do you think? Sex education : should or should not?

p/s ; I'm giving a very good hint for students who will take BEL 311
next semester. Try to make your term paper on this issue.


Nov 15, 2010

natural

I love green. Green makes me feel very calm. OHHHHH~
By the way people, do you see that cutie mutie pie foxy up there?
Yes yes yes. Green fox if you notice. I told you, I do LOVE GREEN.
Do you noticed the cute new header? For your information, absolutely.
I didn't make it by myself. *sigh* Because I don't even know how to do.
Shame on me. Eh eh eh eh, but I want to credit myself too because, for almost
an hour I tried to suit the new header with template and layout and blablabla.

That is not really important people, what I try to say here, I'm very glad because
I have such a good friend, Qib. She sacrificed her time, her energy, her whatever
just to make my header. OHH~ Thanks Qib. Even though at first, ' er er, nak mintak tolong'
'alaa, malulahhh' 'alamak, segan!' But when Qib gave me a bright green-light to do it.
I am soooooooooooooooooo happy. Do check her out here people.

mmuahhh mmuahhh Qib



Nov 14, 2010

fashion disaster













When I'm bored, I will design any fashion that comes to my head.
I am a fashion disaster right? Hell yeah!
I have no talent at all people.
*sigh*

To be a fashion disaster just like me, just click this.

p/s ; I'm speaking because I'm bored. HAHAHA. Faka!

Nov 13, 2010

Love game



'The best thing about me is you'- Shannon Crown

Till then, I Love You.

Nov 11, 2010

Everybody's Fine

Salam sejahtera kawan-kawan yang kacak dan cantik.
Wahhh. Kenapa memuji tak memasal ni kan? Ada udang sebalik spagetti ke?
Okayy. Sikit pun takde okay. Jangan takut, kalau baca post ni bukannya
kena campak masuk laut dalam ke hape lah. Kan? Kan?

Pernah terfikir kehilangan insan tersayang? Ayah? Ibu? Adik? Abang?
atau mungkin Kakak? Semua orang mesti pernah terfikir kan?
Tapi taknak benda tue jadi. Sebab apa? Sebab kita bukanlah kuat mana
pun. Mengambil masa yang lama untuk menerima kehilangan itu.
Macamana nak survive kalau orang tersayang tiada? Mampukah?
Kalau mampu, sejauh mana kemampuan? Setinggi Everest kah?

Adoi Afiqah, kenapa start dah tarik mood sedih ni wehhh. Aku tak suka.
Aku saja test je. Nak tgk berapa ramai nangis. Sebab aku nak promote satu lagi
cerita ni, tajuknya. Jeng jeng jeng! Nanti dulu, lepak dulu. Minum kopi dulu.
Opsss. Okay okay. Aku siyes. Rummate aku dah ketuk pale aku, suh siyes.

Nie haa, tajuknya 'Everybody's Fine'. Fuhhh. Aku layan citer ni.
Sampai meleleh hingus okay. Bapak sedih. Kenapa bapak? Yelaaa.
Sebab citer ni pasal sorang ayah yang ada 4 orang anak yang hidup
senang bersama keluarga tapi sedikit pun tidak hiraukan ayah mereka.
and and and ayah dia sanggup travel sorang diri dlm keadaan sakit
ke rumah anak-anak dia. dah lah kedatangan ayah mereka disambut dingin.
AHHHH~ Ape punya anak ni kan? Memang tak kenal dek untung betul.
Tapi ada sebab kenapa anak-anak dia buat camni, nak tau? Bayar singgit.
Okay okay. Aku ta'kan bgtau, nak tau. Tengok sendiri. Nie sedikit gambar
dari citer ini. Lupa nak gtau, Drew Barrymore berlakon. Love ♥



Ayah yang kesunyian, Frank.
*saya rindu ayah dan ibu dan adik-adik*



Ayah yang sanggup berkorban.
Tak hiraukan kesihatan, keseorangan.
Demi berjumpa anak-anak.



Anak sulung dia, Amy.
Duduk dekat umah yang sangat besar dan cantik.
*aku suka umah dia okay*



Anak lelaki dia, Robert.
Pemain orchestra terkenal.



Anak bongsu dia, Rosie.
Penari terkenal di Vegas.

Kalau kita dah besar nanti kan, jangan buat macamni. Ayah Ibu mesti diutamakan.
Jangan buang mereka dari hidup kita. Ingat siapa yang buat kita berjaya,
berdiri megah. tabik dada. segulung ijazah, bertimbun duit.

Mereka yang kita panggil ; 'ayah', 'ibu', 'papa', 'mama', 'abah', 'mak', 'daddy',
'mummy', 'umi', 'abi'
dan segala macam panggilan yang lain.
Balas jasa mereka. Balas budi mereka. Ingat mereka.


Boleh tak aku nak tinggal dengan Ibu Ayah sampai mati?


Nov 8, 2010

askar

Salam sejahtera kawan-kawan. Okay. tengah cuba jadi baik.
Mood tengah 50-50. Cuaca mendung semendung perasaan dalaman aku.
OHHH~ Kenapa? Kenapa? Tiada jawapan. Tunggu kejap, nak try bukak
kamus hati dan kamus otak. kot kot lah jumpa jawapan. =,=

Okay, jumpa dah. Tapi aku malas nak taip jawapannya.
Sila izinkan aku buat post bergambar je.
Kalau tak cantik. DIAM!



Bukan semua yang kita ada sekarang ini cukup.
Tidak cukup, tidak lengkap tanpa kasih dan sayang
sebuah keluarga. Sokongan mereka yang membuat aku
masih tegak berdiri dan mampu bangkit selepas kecundang.

Align Left

Ahmad Nazrin Mohd. Romi.
Terima kasih sebab menerima saya seadanya.
Dengan awak saya menjadi diri saya sendiri, tiada selindung.
Awak yang banyak membantu saya sepanjang saya berada
di alam universiti. Hampir 2 tahun. Jauh lagi jarak masa yang
kita sasarkan. Sejauh mana pun, saya akan tunggu.



Saya pilih gambar ni, walaupun macam blur sikit.
Sebab saya paling suka awak buat muka camtu.
*blushinggg*
Saya rindu semua ni awak.
Boleh kita jumpa lagi?


Tinggal lagi dua peperangan hendak ditempuh. Sabar wahai askar-askar.
Tembok negara lawan sudah hampir. Cuma kena janji, yang askar-askar
semua kena kuat. Jangan terpedaya dengan askar-askar negara lawan
yang sudah bersenang-lenang sambil minum air oren sejuk.


Bagi aku, bila tembok negara lawan sudah ditawan.
Aku hendak jumpa raja-raja dan pemaisuri-pemaisuri di atas.
Tapi bagi raja yang di utara sana, boleh ke aku jumpa?
MUSTAHIL. Terima kasih. Sedih. T.T

Nov 5, 2010

Deepavali



Sumber : Facebook Afiqah Shukri

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang
telah memenuhkan 'dinding' laman sosial aku, Facebook.
Aku terasa bangga sangat. Tidak terkata. Terharu sangat.
Sampai masa tengah gayut dengan Encik Hensem.
Siap nangis nangis lagi. Okayyyy. Dustaa ini semua.

Sebelum sampai tarikh keramat 5 November bersamaan dengan Deepavali.
(Okayyy, aku rasa aku tak perlu mention kan?)
ada beberapa insiden yang tak boleh lupa berlaku. Tapppppiiiii,
aku tak kisah. Asalkan mereka ingat, itu sudah cukup.
Nama pun ikhlas kan? Camnilah kawan.

Thanks Guys, untuk rawatan muka, badan, rambut menggunakan kek dan bedak.
Rosak baju Gucci aku, seluar Romp aku, Rambut rebonding aku. Mahal aku buat.
(Sila jangan percayaaaaa!) Sikit pun tak betul.




Happy Birthday to me.
May ALLAH bless me.
I love myself.


Nov 4, 2010

The Blind Side

Salam sejahtera semua, pada hari yang mulia ini,
saya ingin menyampaikan sesuatu. Sesuatu yang penting.
Ehemm, ehemm. Izinkan saya memulakan acara dengan tidak formal.
(Macam ayat MC apa-apa majlis kat kampus kesayangan saya)

Okayy kawan, pernah tengok citer 'The Blind Side'? THUMBSSS UPPPP.
No other words baby. It is a truly inspiring and touching movie based on a real life story.
And ada novel jugak tau. Kalau tak suka tengok movie, baca novel dia ok. wee wee.
Nangis-nangis bai tengok citer ni. Tapi cover-cover sikit. Roomies nampak nanti.
Jatuh standard I yang feymesss ni, (Okayy merepek!) Cukupppp!
Aku ta'kan berciter banyak, nanti tak suprise. Nak tau, kene tengok! WAJIBBB!



Nie yang ' The Blind Side' setelah difilemkan.
Sandra Bullock berlakon okayy kawan-kawan.



Antara scene dalam citer nie.
'This team is like your family, Micheal'
OHHHH~ I'm so into this movie people.
^^,



The Tuohy family and Micheal Oher
in 'The Blind Side' movie.
So sweet, isn't? YESSS YESSS!



OHH, people. Introduce to you.
The real The Tuohy family and Micheal Oher.
From left : SJ, Sean, Leigh Anne, Mike and Collins.

Beruntung Micheal a.k.a Big Mike diketemukan dengan family nie.
Family nie banyak tolong Big Mike dan akhirnya jadi famous football player tau.
Kalau nak tau lebih lanjut, boleh pergi sini ;
Oprah Winfrey punya cerita best weh.
Kalau tak puas hati, tengok sendiri video esklusif dia nie haaa.

WAHHH~ Alangkah bagusnya dalam dunia ni, masih wujud manusia yang begini.
Bukan tkde, tapi dah tak ramai. ohh sedihnya. T.T
Ramai yang cuba mengambil kesempatan adalah, betul tak?
Hmm, renung-renungkan.

P/S : My dearie law 240, My sweetheart MGT 215 and My cutie MAF 220.
Please be good to mama okay? I Love You sayangs.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...